Panel Dinding

This article is written by our guest writer, Zue, Founder and Director of interior design studio, IDZ Creativeworkz.


Photo Credits: 1. IDZ Creative Workz 2. Pinterest 3. Pinterest


Siapa tak nak rumah kediaman yang cantik dan sedap mata memandang kan? Tetapi adakah pemilihan warna, tekstur, jenis kemasan di dinding dan di lantai, bahan dan saiz bersesuaian dengan rumah anda? Kali ini kami nak bercerita tentang panel dinding atau lebih dikenali sebagai wall panelling.


Kita semua tahu bahawa panel dinding telah menjadi semakin popular dan trend yang kian meningkat pada hari ini. Panel dinding bukan sahaja dapat melindungi kecacatan pada kemasan dan rupa dinding, ia juga dapat menyembunyikan pendawaian yg terdedah. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai accent feature di mana ia dapat mengubah rupa dan suasana keseluruhan hiasan pada sesebuah ruang atau bilik.


Untuk featured project kali ini, designer kami telah memilih fluted wall panel untuk feature wall TV klien kami di bahagian ruang tamu. Panel dinding ini berfungsi untuk menaikkan nilai aesthetic. Secara amnya, fluted wall panel ini datang dalam pelbagai warna, tekstur, kemasan dan design itu sendiri. Material untuk panel dinding ini juga ada beberapa jenis- daripada kayu sehinggalah bahan sintetik seperti PVC dan SPC (stone-plastic composite). Selain itu, aspek kualiti bahan, estetika, kekuatan, kebersihan dan penyelenggaraan panel juga menjadi keutamaan kami sebelum pemilihan dibuat.


Pemilihan panel yang sesuai dan tepat akan menjadikan ruang tersebut tampak mewah serta menjadi nilai tambah pada dinding dari segi ketahanan, penebat bunyi dan juga memberi perlindungan yang lebih. Yang paling penting: pemilihan jenis panel dinding bergantung pada keperluan dan bajet anda. Akhir kata, panel dinding juga mencerminkan gaya peribadi penghuni rumah tersebut. Betul tak?


Hasil Penulisan,

Zue dari IDZ Creativeworkz
2022

Next
Next

How to Maximize Your Space